How to purchase?

1. Pick your book

1. Pick your book

Click the book title for description.
Price on left bottom of each book cover.
2. Add To Cart

2. Add To Cart

Select how many unit you want to purchase and click Add To Cart button
3. Place an order

3. Place an order

Check for the details, quantity, and amount.
Proceed with payment via paypal and wait for our book to reach your doorstep.

New Release!

Pulun

Pulun

The 5 letter word that will change you! An engaging self-motivational book that will help you reincarnate yourself to give your best in all that you do.
Shariah Is Life

Shariah Is Life

Shariah is interconnected in all fields of life to create a safe, just and prosperous life for everyone. This book digs deep into the roots of Shariah and provides thought provoking methods to resolve the enigmas throughout the world.
HARAPAN BUAT PAKATAN HARAPAN

HARAPAN BUAT PAKATAN HARAPAN

Semoga Malaysia Baru lebih insani dan berempati merentasi agama, bangsa dan fahaman politik, dan lebih terbuka dan telus. Malaysia Baru: negara berdata lagi bertanda aras serta berimpak dalam semua lapangan kehidupan.

Minda Syariah (Soft Cover)

Sungguhpun ramai yang mengetahui mengenai kewangan Islam, namun kehidupan dan minda para cendekiawan Syariah yang berkecimpung dalam bidang ini terus diselubungi misteri. Sepanjang empat puluh tahun yang lalu, cendekiawan Syariah mengelak daripada membicarakan hal-ehwal mereka secara terbuka dengan pihak berkepentingan dalam industri kewangan Islam. Sebaliknya, mereka cenderung ‘berkubu’ dan terus memasak diri sedalam-dalamnya. Ini mewujudkan pengetahuan yang tidak sempurna, malahan tanggapan negatif pada mereka.
Sales price RM 70.00
Discount
Tax amount
Price / kg:
Description

“Minda Syariah Kewangan Islam” adalah buku pertama yang membongkar cerita balik tabir seputar pelbagai aspek yang mewarnai kerjaya seorang penasihat Syariah. Yang lebih menarik lagi adalah buku ini ditulis salah seorang cendekiawan Syariah dalam kalangan peneraju khidmat nasihat Syariah bagi kewangan Islam. Inilah kisah beliau. Buku ini bukan sahaja memberi pencerahan, malah seronok dibaca.

Dengan beraninya, buku ini membincangkan pelbagai isu, termasuk percanggahan kepentingan ekoran keanggotaan berbilang oleh beberapa orang cendekiawan Syariah dalam Badan Penasihat Syariah, yuran profesional Syariah yang dianggap terlalu mewah, monopoli oleh beberapa orang cendekiawan Syariah utama dunia, pembangunan para cendekiawan Syariah muda, persepsi kewujudan konflik antara cendekiawan Syariah Malaysia dan cendekiawan Syariah negara GCC, membelek fatwa dan banyak lagi persepsi antagonistik pada cendekiawan Syariah.

Sementalahan, buku ini juga menawarkan penilaian membina mengenai penasihat Syariah dengan matlamat melonjakkan lagi khidmat nasihat Syariah dan juga industri kewangan Islam secara keseluruhannya. Buku ini mendokong hasrat bagi menambah baik piawaian tadbir urus, yang menekankan pada ketelitian, kecekapan dan kemahiran para cendekiawan Syariah.

Tidak lupa juga, buku ini diharap mampu memangkinkan pengwujudan generasi baru cendekiawan Syariah dengan memberikan tip-tip berguna dan rahsia-rahsia kerjaya, yang bersumberkan pengalaman industri pengarang selama dua dekad